Updates!!

Tuesday, July 27, 2010

Pemuda mati terkena tembakan semasa berburu | Komuniti Telo Blog

Posted by Mr K on Tuesday, July 27, 2010 0 ulasan

LUBOK ANTU:  Seorang pemuda mati dipercayai terkena tembakan senjata api semasa sedang berburu pada waktu malam bersama tiga rakannya di  kawasan ladang kelapa sawit Sebangki, di sini sekitar jam 7 malam Ahad lalu.

Pemuda yang mati di tempat kejadian itu dikenali sebagai Keneddy Banyan Labang, 23, dari Rumah Endawi Janting, Nanga Jela di Skim Penempatan Semula Fasa II Batang Ai, Lubok Antu.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu DSP George Merejok ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, mangsa mati di tempat kejadian akibat satu tembakan yang mengenai bahagian dadanya.
Berikutan kejadian itu bapa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Lubok Antu pada malam kejadian, katanya.
George berkata, menurut laporan yang diterima mangsa dikatakan pergi memburu bersama tiga lagi rakannya berusia antara 30 hingga 50 tahun di ladang kelapa sawit tersebut.
Mangsa bersama tiga rakannya itu dipercayai berpecah kepada dua kumpulan ketika melakukan kegiatan memburu itu, jelasnya.
“Kemudian satu das tembakan kedengaran secara tiba-tiba dan sejurus itu rakan mangsa mendapati mangsa telah terkena tembakan di bahagian dada dan mati serta-merta di tempat kejadian,’’ katanya ketika dihubungi pemberita di sini, semalam.
Sebaik sahaja dimaklumkan tentang kejadian itu sepasukan polis telah dikerah ke tempat kejadian untuk membawa balik mayat mangsa sebelum dihantar ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat.
Setakat jam 3 petang semalam, mayat mangsa masih berada di Hospital Sri Aman.
Lanjutan daripada itu polis turut menangkap tiga lelaki dan memohon perintah tahanan reman ke atas ketiga-tiga mereka bagi membantu siasatan.

sumber: Borneo Post Online


0 Responses so far:

Leave a Reply

Popular Posts