Updates!!

Wednesday, September 12, 2012

Penerbangan Tambang murah baru | Malindo Airways

Posted by Mr K on Wednesday, September 12, 2012 0 ulasan

kredit to http://mstar.com.my
Datuk Seri Najib pada selasa melancarkan syarikat penerbangan tambang murah baru yang di kenali sebagai Malindo Airways. Malindo Airways adalah hasil usahasama di antara Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd(Nadi) dan PT Lion Group.

Berita penuh di bawah
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa melancarkan syarikat penerbangan tambang murah baru yang dikenali sebagai Malindo Airways.

Najib berkata, syarikat penerbangan itu, adalah hasil usahasama antara National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) dan PT Lion Group, akan mula beroperasi pada 1 Mei tahun depan dan akan berpangkalan di KLIA 2.

Usahasama itu, katanya bukan sahaja mencatatkan satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara tetapi juga mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia.

"Pada pendapat saya, akronim MALINDO - gabungan indah nama Malaysia dan Indonesia yang mempunyai nilai sejarah yang amat signifikan, tetapi juga memaparkan pertalian sejarah yang sekian lama terjalin antara rakyat kedua-dua negara.

"Daripada segi untuk menjadi syarikat penerbangan terkenal, saya percaya nama ini akan menjadi jambatan bagi kedua-dua negara, menerusi rangkaian penerbangan yang luas yang akan menghubungkan banyak bandar raya dan bandar di rantau ini, membuka destinasi baharu untuk pelawat di Nusantara ini dan sekitarnya," kata Najib selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usahasama antara kedua-dua syarikat itu di sini.
Sumber mStar Online
Continue...


Tuesday, September 04, 2012

Rosmah Lancar Pelan Perlindungan Takaful Bagi Anak Yatim

Posted by Mr K on Tuesday, September 04, 2012 0 ulasan

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor melancarkan Pelan Perlindungan Takaful bagi anak yatim di bawah Projek Inspirasi Harapan yang dilaksanakan Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia (YHKM).

Rosmah yang juga Penaung YHKM berkata inisiatif itu merupakan satu contoh bernas dan daya usaha kreatif yang mampu mencipta harapan baharu serta jaminan masa depan lebih baik kepada anak yatim.

"Saya dimaklumkan bahawa dengan hanya caruman minimum RM50 sebulan atau RM600 setahun, kita dapat menyediakan jaminan pendidikan, simpanan kewangan dan pampasan kemalangan kepada anak-anak yatim terlibat," katanya ketika berucap pada sambutan Aidilfitri 1Malaysia anjuran YHKM di sini Isnin malam.

Rosmah berkata perlindungan takaful disediakan oleh yayasan itu akan membolehkan anak yatim yang mencapai usia 21 tahun memiliki simpanan sendiri sekurang-kurangnya RM18,000 dan boleh dimanfaatkan bagi tujuan pendidikan mahupun masa depan setelah keluar dari rumah anak yatim masing-masing.

Bagi memulakan pelaksanaan Projek Inspirasi Harapan, 100 anak yatim dari Rumah Titian Kaseh dan Rumah Anak Yatim Sabak Bernam dipilih menjadi kumpulan perintis yang akan menerima pelan perlindungan takaful itu.

Rosmah berkata yayasan itu perlu mengumpul dana sebanyak RM60,000 bagi membiayai kos penyediaan pelan takaful bagi tahun pertama untuk kumpulan anak yatim tersebut.

"Dalam merealisasikan Projek Inspirasi Harapan ini, saya menggesa seluruh anggota masyarakat agar tampil memberi sumbangan kepada anak-anak yang terpilih untuk menerima pelan takaful ini," katanya.

Beliau berharap pelaksanaan pelan takaful kepada kumpulan perintis itu akan membuka jalan supaya lebih ramai anak yatim di seluruh negara tanpa mengira bangsa dan agama menikmati perlindungan takaful yang disediakan YHKM.

Pada majlis itu, Rosmah menyampaikan duit raya kepada 150 anak yatim dari Rumah Titian Kaseh, Rumah Vivekananda Rembau, Rumah Bakti Nur Syaheera dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang. -- BERNAMA
Continue...


Sunday, October 09, 2011

Lebih ramai daftar ke Makkah

Posted by Mr K on Sunday, October 09, 2011 0 ulasan

Tabung Haji bekerjasama dengan KWSP bantu pendaftaran pencarum

KUALA LUMPUR: Pihak Tabung Haji akan bekerja bekerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secepat mungkin bagi memudahkan usaha pencarum membuat pendaftaran haji minimum RM1,300 seperti diumumkan dalam Bajet 2012, kelmarin.

Langkah itu juga, kata Pengurus Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji (TH), Mohamad Naser Jaffar, boleh membantu umat Islam merancang kewangan secara berhemah bagi memastikan hasrat mereka ke Tanah Suci dapat disempurnakan.
Justeru, dengan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kita menjangkakan pendaftaran bagi menunaikan haji itu bakal meningkat, katanya ketika dihubungi, semalam.
Dalam pengumuman kelmarin, kerajaan membenarkan pencarum KWSP berpendapatan rendah mendaftar untuk menunaikan haji dengan kaedah digunakan melalui penghadangan atau ring-fencing Akaun 2 pencarum sebanyak RM1,300.

Melalui kaedah ini, wang pencarum terbabit masih kekal dalam KWSP tetapi mereka sudah boleh mendaftar giliran untuk menunaikan haji. Ia bagi membantu mereka kerana ramai bakal haji berpendapatan rendah tidak mempunyai tabungan minimum RM1,300 seperti ditetapkan TH.

Mohamad Naser berkata, pencarum layak boleh mendaftar di semua cawangan TH, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) di seluruh negara, dengan membawa bersama dokumen berkaitan terutama penyata KWSP mereka.

Mereka juga boleh mendaftar secara online di www.tabunghaji.gov.my. Apa yang perlu lakukan adalah membaca dan menerima syarat-syarat pendaftaran serta mengisi borang pendaftaran secara online. Setiap pendaftaran haji (web) akan disemak bagi memastikan maklumat yang diterima adalah betul dan pendeposit mempunyai wang simpanan yang mencukupi.
Bagaimanapun, hanya apabila pihak TH berpuas hati dengan maklumat yang diterima, pendaftaran sebenar akan dibuat dan nombor pendaftaran haji akan dimaklumkan kepada bakal haji, katanya.

Maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Tabung Haji (THCC) di 0362071919, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) THsebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990 atau www.tabunghaji.gov.my.

Sementara itu, Ketua Ekonomi KWSP, Norasikin Abdul Hamid, berkata cadangan kerajaan meningkatkan sumbangan majikan dari 12 peratus kepada 13 peratus untuk pencarum yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah adalah satu kaedah positif meningkatkan simpanan persaraan ahli KWSP.

Cadangan peningkatan satu peratus sumbangan majikan ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 93 peratus ahli KWSP yang aktif iaitu melebihi 5.3 juta. Kajian yang dijalankan mendapati hampir 70 peratus pesara menggunakan semua wang simpanan dalam tempoh sepuluh tahun persaraan, katanya.

sumber Berita Harian Online
Continue...


Saturday, October 08, 2011

Belanjawan 2012: Najib Umum Dasar Transformasi Nasional Pacu Negara Hingga 2020

Posted by Mr K on Saturday, October 08, 2011 0 ulasan

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Belanjawan 2012 berjumlah RM232.8 bilion dan mengumumkan Dasar Transformasi Nasional (DTN) bagi menaungi program-program transformasi yang telah dan akan dilaksanakan ke arah menjayakan cita-cita mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu dan maju menjelang tahun 2020.

Perdana Menteri berkata dasar itu, yang menjadi kemuncak kepada semua program dan inisiatif untuk menjadi negara maju, bermula tahun ini sehinggalah tahun 2020.

Sejak mengambil alih kepimpinan negara pada 2009, Najib memperkenalkan falsafah pentadbiran 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebelum menyusuli dengan Program Transformasi Nasional (GTP), Program Transformasi Ekonomi dan baru-baru ini, Program Transformasi Politik untuk menjadikan Malaysia negara moden, progresif dengan demokrasi yang berfungsi.

Ketika membentangkan Belanjawan 2012 bertemakan "Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara" di Dewan Rakyat pada Jumaat, Najib yang juga Menteri Kewangan, menggariskan strategi merangsangkan ekonomi, sambil menyarankan program inklusif yang peka terhadap kesejahteraan rakyat dalam menangani kos sara hidup yang meningkat.

Belanjawan kali ini cuba memberi keselesaan kepada setiap lapisan rakyat, daripada golongan gelandangan, pemandu teksi, nelayan, warga emas, peneroka Felda, penjawat awam dan pesara, golongan wanita dan belia, hinggalah kepada kalangan kontraktor dan pelabur.

Malah, Anggota-anggota Parlimen juga bakal menikmati elaun baru serta kemudahan lain.

Dalam ucapannya selama dua jam 10 minit itu, Perdana Menteri yang yakin dengan keutuhan asas ekonomi negara beserta langkah-langkah rangsangan, berkata ekonomi negara dijangka tumbuh antara 5 peratus dan 6 peratus tahun depan.

Katanya pelaburan swasta dan awam dijangka meningkat, disokong peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaksanaan projek ETP dan Rolling Plan Kedua (RP-Kedua) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

Belanjawan 2012 menyediakan peruntukan RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Najib berkata defisit kerajaan Persekutuan bagi 2012 dijangka terus berkurangan kepada 4.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 5.4 peratus pada 2011.

Kutipan hasil kerajaan Pusat bagi tahun 2012 diangggarkan meningkat 1.9 peratus kepada RM186.9 bilion berbanding RM183.4 bilion pada tahun 2011.

Bagi tahun 2012, Najib berkata kerajaan akan melaksanakan sejumlah projek di bawah Pakej Rangsangan Khas berjumlah RM6 bilion.

Belanjawan 2012 memberi penekanan kepada lima fokus, iaitu Meligatkan Pelaburan; Mengungguli Modal Insan, Mencerna Kreativiti Dan Mencetus Inovasi; Program Transformasi Luar Bandar; Memperkejap Perkhidmatan Awam; dan Meredakan Inflasi Dan Mengimarah Kehidupan Rakyat.

Bagi meligatkan pelaburan, kerajaan akan melaksanakan Rolling Plan Kedua dengan menumpukan kepada projek pembangunan berimpak tinggi dengan peruntukan RM98.4 bilion bagi tahun 2012 dan 2013.

Projek tersebut antaranya ialah landasan kereta api berkembar Gemas-Johor; projek lebuh raya Pantai Timur Jabor-Kuala Terengganu, Banting-Taiping, Segamat-Tangkak dan jalan Kota Marudu-Ranau; serta pembangunan semula pangkalan udara Sungai Besi.

Najib juga mengumumkan cadangan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings sebagai sebuah lagi syarikat "blue chip" (saham mewah) perladangan sebelum pertengahan tahun depan.

Katanya setiap peneroka akan menerima "durian runtuh" yang jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan.

Bagi mengungguli modal insan, Najib mengumumkan tahun 2012 sebagai Tahun Gerakan Inovasi Nasional bagi menggalakkan cetusan idea bernilai komersil.

Beliau juga mengumumkan pemansuhan bayaran bagi sekolah mulai tahun depan, menjadikan pendidikan di sekolah rendah dan menengah kerajaan adalah percuma.

Bagi luar bandar, Najib menggariskan Program Transformasi Luar Bandar, bertujuan menarik pelaburan swasta, menyediakan peluang pekerjaan serta menggalakkan generasi muda kembali berkhidmat.

Bagi sektor perkhidmatan awam, Najib mengumumkan pelanjutan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun selain kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus.

akitangan awam juga akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 manakala pesara menerima kenaikan pencen dua peratus.

Najib juga mengotakan janjinya untuk mendengar rintihan rakyat tentang kenaikan harga barang, terutama makanan.

Katanya kerajaan akan mengambil langkah bersepadu menangani fenomena itu seperti meningkatkan pengeluaran beras, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Sambil memberi jaminan pemberian subsidi akan diteruskan, Najib sempat melemparkan sindiran kepada parti pembangkang, yang menurutnya cuba menguar-guarkan konsep negara kebajikan, sedangkan kerajaan Barisan Nasional telah pun mengamalkan konsep itu selama ini.

"Kita minta mereka ada sedikit rasa keihkhlasan politik, janganlah berlagak seolah-olah merekalah orang yang pertama yang menemui formula ini," katanya.

Najib berkata Belanjawan yang beliau bentangkan itu merangkumi segenap taraf sosioekonomi rakyat.

Najib berkata usaha pentadbirannya tidak hanya membabitkan pengukuhan perpaduan nasional berasaskan prinsip kepelbagaian, menambahbaik penyampaian sektor awam, proses penstrukturan ekonomi, malah menjangkau Program Transformasi Politik "yang akan menjadi saksi menyinsingnya fajar baru Malaysia".

"Di mana, perbezaan yang sihat serta membina tidak akan lagi menjadi punca pertelingkahan tidak berkesudahan. Di mana, tidak ada individu yang akan dihukum hanya sanya kerana ideologi berbeda. Di mana, anak-anak muda akan bebas untuk menggilap idealisme mereka di atas bumi Malaysia ini, demi kemajuan negara," katanya.

-- BERNAMA
Continue...


Sunday, October 02, 2011

BN Yakin Tawan Semula 6 Kerusi Parlimen Di Wilayah Persekutuan - Nong Chik

Posted by Mr K on Sunday, October 02, 2011 0 ulasan

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) yakin tawan semula enam kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan yang dirampas pembangkang pada pilihan raya lepas berdasarkan sokongan rakyat yang mula beralih arah kepada BN.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata BN juga sudah membuat persediaan awal seperti program turun padang bagi melihat permasalahan rakyat dan menyelesaikannya dengan segera.

"Apa yang kita lakukan selama ini kepada rakyat boleh dinilai... kita (BN) buat kerja bukan hanya pandai bercakap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Program Gerakan Tumpuan Kawasan (PGT) Jinjang, di sini, Sabtu.

Pada pilihan raya umum 2008, BN kalah di kerusi yang disandangnya iaitu Lembah Pantai, Bandar Tun Razak, Titiwangsa, Wangsa Maju, Segambut dan Batu.

Daripada 13 kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan, BN memenangi tiga kerusi iaitu Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan, manakala 10 kerusi lain dimenangi parti pembangkang.

-- BERNAMA
Continue...


Popular Posts