Updates!!

Friday, October 29, 2010

Kembalikan khazanah Sarawak

Posted by Mr K on Friday, October 29, 2010 0 ulasan

KM mahu Universiti Nevada, Las Vegas kembalikan 122 tulang-temulang dari Gua Niah

MIRI: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mahu bahan tinggalan sejarah Niah yang pernah dibawa ke luar negara untuk tujuan penyelidikan dibawa balik ke negeri ini kerana ia merupakan warisan khazanah Sarawak dan Malaysia amnya.
Menurut beliau, lebih 200 rangka tulang-temulang telah dijumpai di Gua Niah antara tahun 1957 hingga 1967 dan daripada jumlah itu, 122 telah dibawa ke Universiti Nevada, Las Vegas untuk dikaji oleh dua orang ahli arkeologi iaitu Richard dan Sheilagh Brooks.
Katanya, walaupun mereka telah membuat laporan tentang hasil kajian itu namun tiada satu pun yang pernah disiarkan sebagaimana hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh Profesor Zuraina Majid pada 2004.

“Memandangkan Brooks telah tua dan tidak lagi mampu melakukan penyelidikan terhadap tinggalan sejarah itu, justeru saya ingin mencadangkan agar semua atau sebahagian daripada tinggalan sejarah tersebut dibawa balik ke Sarawak yang merupakan tempat asalnya,” ujar beliau.
Taib berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Seminar Antarabangsa Arkeologi Borneo yang berlangsung di sebuah hotel di sini malam Rabu lalu.
Seminar itu yang bermula 27 hingga 31 Oktober ini dan bertemakan ‘The Past, Present & Future Prospects’ merupakan anjuran bersama Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan dan Warisan Sarawak, Jabatan Muzium Sarawak dan Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia.
Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Datuk Peter Nansian Ngusie, Pengarah Muzium Negeri Sabah Datuk Joseph Guntavid dan Pengarah Jabatan Muzium Sarawak merangkap pengerusi penganjur Ipoi Datan.
Pun begitu menurut Taib, sebelum tinggalan sejarah Niah dibawa balik, pihak Muzium Sarawak harus membina sebuah bilik khas dengan reka bentuk kurasi yang menepati standard yang ditetapkan untuk menempatkan bahan sejarah tersebut.
Manakala lokasi yang dicadangkan untuk menempatkan bahan sejarah itu adalah di sayap sebelah kiri bangunan Muzium Petroleum Miri yang boleh direka bentuk dan disediakan dengan bantuan kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM).

sumber: Theborneopost


0 Responses so far:

Leave a Reply

Popular Posts