Updates!!

Sunday, October 09, 2011

Lebih ramai daftar ke Makkah

Posted by Mr K on Sunday, October 09, 2011 0 ulasan

Tabung Haji bekerjasama dengan KWSP bantu pendaftaran pencarum

KUALA LUMPUR: Pihak Tabung Haji akan bekerja bekerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secepat mungkin bagi memudahkan usaha pencarum membuat pendaftaran haji minimum RM1,300 seperti diumumkan dalam Bajet 2012, kelmarin.

Langkah itu juga, kata Pengurus Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji (TH), Mohamad Naser Jaffar, boleh membantu umat Islam merancang kewangan secara berhemah bagi memastikan hasrat mereka ke Tanah Suci dapat disempurnakan.

Justeru, dengan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kita menjangkakan pendaftaran bagi menunaikan haji itu bakal meningkat, katanya ketika dihubungi, semalam.
Dalam pengumuman kelmarin, kerajaan membenarkan pencarum KWSP berpendapatan rendah mendaftar untuk menunaikan haji dengan kaedah digunakan melalui penghadangan atau ring-fencing Akaun 2 pencarum sebanyak RM1,300.

Melalui kaedah ini, wang pencarum terbabit masih kekal dalam KWSP tetapi mereka sudah boleh mendaftar giliran untuk menunaikan haji. Ia bagi membantu mereka kerana ramai bakal haji berpendapatan rendah tidak mempunyai tabungan minimum RM1,300 seperti ditetapkan TH.

Mohamad Naser berkata, pencarum layak boleh mendaftar di semua cawangan TH, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) di seluruh negara, dengan membawa bersama dokumen berkaitan terutama penyata KWSP mereka.

Mereka juga boleh mendaftar secara online di www.tabunghaji.gov.my. Apa yang perlu lakukan adalah membaca dan menerima syarat-syarat pendaftaran serta mengisi borang pendaftaran secara online. Setiap pendaftaran haji (web) akan disemak bagi memastikan maklumat yang diterima adalah betul dan pendeposit mempunyai wang simpanan yang mencukupi.
Bagaimanapun, hanya apabila pihak TH berpuas hati dengan maklumat yang diterima, pendaftaran sebenar akan dibuat dan nombor pendaftaran haji akan dimaklumkan kepada bakal haji, katanya.

Maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Tabung Haji (THCC) di 0362071919, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) THsebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990 atau www.tabunghaji.gov.my.

Sementara itu, Ketua Ekonomi KWSP, Norasikin Abdul Hamid, berkata cadangan kerajaan meningkatkan sumbangan majikan dari 12 peratus kepada 13 peratus untuk pencarum yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah adalah satu kaedah positif meningkatkan simpanan persaraan ahli KWSP.

Cadangan peningkatan satu peratus sumbangan majikan ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 93 peratus ahli KWSP yang aktif iaitu melebihi 5.3 juta. Kajian yang dijalankan mendapati hampir 70 peratus pesara menggunakan semua wang simpanan dalam tempoh sepuluh tahun persaraan, katanya.

sumber Berita Harian Online


0 Responses so far:

Leave a Reply

Popular Posts