Updates!!

Wednesday, June 16, 2010

FACEBOOK | Kelab Facebook P.207 Igan

Posted by Mr K on Wednesday, June 16, 2010 0 ulasan

Pada 17.04.2010 yang lalu kelab Facebook P.207 IGAN telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Wahab Bin Haji Dolah, iaitu ahli Parlimen P.207 IGAN.

 Salah satu kebaikan utama Facebook ialah ia menyediakan bagi individu yang membolehkan mereka untuk dengan mudah berhubung dengan teman-teman dan keluarga di mana-mana mereka berada.
Dan pertubuhan kelab Facebook di kawasan ini amatlah sesuai untuk semua lapisan masyarakat lebih-lebih lagi untuk mengenali lebih dekat  lagi tentang IT pada masa kini. Selain dari menambahkan lagi pengetahuan dari segi IT, golongan remaja juga boleh melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan oleh pihak pengurus FB ini. Dan secara tidak langsung ia boleh mengurangkan kadar gejala sosial di kalangan remaja. Dan keistimewaan lain bila menyertai kelab ini ialah, setiap ahli boleh sahaja melaporkan apa-apa perkembangan yang berlaku di kampung masing-masing. Dan secara tidak langsung juga peranan ahli-ahli di kelab ini amatlah besar.
Kelab ini juga menyedikan satu tempat untuk berforum iaitu tempat"perbincangan"(discussion). Bermacam-macam topik boleh dibincangkan di ruangan tersebut.
Sekiranya ada di kalangan penduduk kawasan ini(P.207 Igan) yang ingin menyertai kelab ini anda boleh terus klik disini. Sekiranya belum memiliki akaun FB anda terus boleh ke sini. Ikuti langkah demi lankah untuk membuat akaun Facebook.
Untuk pengetahuan semua, sekiranya anda mempunyai akaun FB, terlalu banyak kegunaannya. Yang pasti terpulang kepada kita bagaimana hendak menggunakannya.
Akhir sekali saya mengucapkan selamat maju jaya kepada anda semua(kawasan P.207 Igan), Dan kepada YB Datuk Haji Wahab Bin Haji Dolah syabas dan terima kasih diucapkan kerana telah mencetuskan idea untuk menubuhkan kelab ini (facebook P.207 Igan).


0 Responses so far:

Leave a Reply

Popular Posts