Updates!!

Sunday, October 02, 2011

BN Yakin Tawan Semula 6 Kerusi Parlimen Di Wilayah Persekutuan - Nong Chik

Posted by Mr K on Sunday, October 02, 2011 0 ulasan

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) yakin tawan semula enam kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan yang dirampas pembangkang pada pilihan raya lepas berdasarkan sokongan rakyat yang mula beralih arah kepada BN.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata BN juga sudah membuat persediaan awal seperti program turun padang bagi melihat permasalahan rakyat dan menyelesaikannya dengan segera.

"Apa yang kita lakukan selama ini kepada rakyat boleh dinilai... kita (BN) buat kerja bukan hanya pandai bercakap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Program Gerakan Tumpuan Kawasan (PGT) Jinjang, di sini, Sabtu.

Pada pilihan raya umum 2008, BN kalah di kerusi yang disandangnya iaitu Lembah Pantai, Bandar Tun Razak, Titiwangsa, Wangsa Maju, Segambut dan Batu.

Daripada 13 kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan, BN memenangi tiga kerusi iaitu Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan, manakala 10 kerusi lain dimenangi parti pembangkang.

-- BERNAMA


0 Responses so far:

Leave a Reply

Popular Posts