BARIO: Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua di Bario Asal adalah lambang keberanian wira-wira di situ pada 1945 serta bertujuan memperingati penderitaan yang dilalui semasa penjajahan Jepun.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata: “Ia adalah untuk mengingatkan kita tentang pahit getir para komando (Komando Australia) untuk pergi ke Bario pada masa lalu. Pada masa yang sama, ia juga membolehkan orang ramai mengetahui sejarahnya.”
Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Warisan berkata demikian selepas merasmikan Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua di Bario Asal semalam. Hadir sama Presiden STF Wee Hong Seng dan Pengerusi Rurum Kelabit Sarawak (RKS) Cawangan Bario, Kaunselor John Tarawe.
Sementara itu, Dr Chan berkata, keindahan alam semula jadi dan Laluan Semut yang merupakan laluan semasa zaman Perang Dunia Kedua mampu menjadi tarikan pelancongan baru dalam merancakkan sektor pelancongan khususnya di utara Sarawak.
Katanya, sebelum ini kerajaan bersetuju untuk membangunkan laluan itu bagi memperingati kesukaran para komando yang pergi ke bahagian timur Sarawak untuk bertempur dengan tentera Jepun pada masa lalu.
“Usaha ini tidak mustahil dengan adanya kerjasama Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF) dan penduduk tempatan di Bario untuk mempromosikan laluan ini sebagai tarikan pelancongan,” katanya.
Pelancaran tugu peringatan itu semalam juga sempena dengan Pesta Nukenen Ke-5 yang berlangsung di Bario sejak 30 Jun lalu hingga 4 Julai ini.
Jurucakap penganjur Kaunselor John Tarawe berkata, festival ini bukan sahaja mempamerkan makanan eksotik kaum itu, malahan persembahan kebudayaan, kraf tangan, sukan rakyat dan warisan komuniti tempatan di tanah tinggi itu.
Katanya, pesta ini dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Residen Miri, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan Kementerian Pelancongan dan Warisan.
“Festival ini bertujuan menarik lebih ramai pelancong datang ke Bario dan pada masa yang sama mempromosi tarikan pelancongan yang ada di sini,” katanya.
“Ia akan mengembangkan potensi tanah tinggi Bario sebagai pusat aktiviti ekonomi seterusnya menggalakkan penyertaan komuniti tempatan untuk memajukan sosioekonomi mereka.”
Lebih 21 gerai dijangka dibuka menjual pelbagai kraf tangan sepanjang lima hari festival tersebut.
Antara program sepanjang pesta ialah demonstrasi memasak makanan kaum Kelabit, lawatan ke sawah padi Bario, pameran dan jualan kraf tangan, pertandingan menyumpit dan pertandingan gerai makanan terbaik.
sumber: borneo post online
Updates!!
Tuesday, August 03, 2010
Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua di Bario
Posted by Mr K on Tuesday, August 03, 2010
0
ulasan
Popular Posts
Top Keyword
45 buah sekolah rendah
4Seklah menengah
ADUN
ADUN Balingian
AHLI PARLIMEN
Aneh
Anjing
Bajet 2012 Malaysia
Bako National Park
Bakun
Bangunan Pejabat Persekutuan
Bayi
BERITA LUAR NEGARA
BERITA SEMASA
berita semasa kakitangan kerajaan
BLOG
BUNUH BAPA
Cabul
Cerita dongeng
Curtin Sarawak
Daerah Song Kapit Sarawak
Ekonomi
Ekonomi Miri Sarawak
FACEBOOK
Fenomena
Festival
Gula
Guru Agama
Hari Malaysia
Hukuman Gantung
Info
Informasi
Internet
Isu
Isu Tanah
Jabatan Pelajaran Negeri(JPN)
Jalan Tikus
kakitangan awam kerajaan
Kampung
Kampung Tabuan Lot
Kaum Iban
Kaum Kayan
Kawasan Parlimen Igan
Kayu balak Sarawak
Kayu-kayu hanyut di batang rajang
Kebakaran
KELAB FACEBOOK P.207 IGAN
Ketua Menteri Sarawak
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)
Khazanah Sarawak
Kuching
Las Vega
Lawak
Long Banga
Long Belok
Lubok antu
Makkah
Malaysia
Mati
Melanau
Menteri Muda Alam Sekitar
Miri
Mukah
NCR
Parti Angkatan Rakyat Bersatu Sarawak(PARBS)
Parti Ekonomi Rakyat Sara-wak Bersatu(PERSB)
Parti Peace
Pelik
Pendidikan
Pengetahuan Am
perbincangan
Perlancongan di Miri
Pihak BN
Pilihan Raya ke-10
PKR
Politik
Politik Malaysia
Politik Sarawak
RM7 Bilion
Rumah panjang
Sarawak
Sarawak Regatta
SCORE
Sejarah
Sekolah di Sarawak
Seludup
Sibu
Simunjan
Sitemap
Song Sarawak
SPR
Sri aman
Sudut Gambar
Sungai Rajang
Tan SriMuhyiddin Yassin
Tanggungjawab kepada Sarawak
Teksi air di Sarawak
Unik teksi
Universiti Nevada
Wahab Hj Dollah