Updates!!

Thursday, August 12, 2010

Tiada wujud wabak misteri di Bau, selar Nansian

Posted by Mr K on Thursday, August 12, 2010 0 ulasan

KUCHING: Menteri Muda Alam Sekitar, Datuk Peter Nansian menyelar pihak yang mengheboh-hebohkan kewujudan wabak misteri di kawasan Bau baru-baru ini yang mengemparkan dan menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk.
Ketika ditemui pemberita semalam, Menteri Muda Alam Sekitar Datuk Peter Nansian berkata, penyakit misteri seperti yang didakwa sebenarnya tidak wujud di kawasan tersebut.
“Saya tidak tahu siapa yang mengheboh-hebohkan perkara itu dan dari mana mereka mendapat maklumat … saya sudah meminta pengesahan daripada (Pejabat Daerah dan Jabatan Kesihatan) tetapi mereka tidak pernah mendengar apa-apa mengenainya,” katanya, di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tempatan mengenai wabak tersebut.
Akhbar itu menerima panggilan daripada seorang penduduk Bau yang mendakwa sebuah penyakit misteri yang merebak dari Tondong hingga ke Tasik Biru menerusi jangkitan manusia kepada manusia.
Bagaimanapun, jumlah orang yang ‘terkena’ penyakit misteri itu tidak dapat dipastikan.
Manakala menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr Georga Chan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Bencana Negeri, juga dalam laporan akhbar baru-baru ini, beliau mendakwa penyakit itu adalah Chikugunya, iaitu penyakit biasa yang disebarkan oleh nyamuk.
Nansian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru berkata, orang ramai tidak perlu panik melainkan sekiranya laporan tersebut adalah daripada Jabatan Kesihatan.
Ketika lawatan beliau ke konstituensinya, katanya situasi kelihatan normal dan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
“Justeru, lain kali jangan hiraukan laporan sedemikian melainkan ia dikeluarkan oleh pihak Jabatan (Kesihatan).
“Jika ia belum disahkan, jangan heboh-hebohkan khabar angin seperti itu kerana ia akan mengakibatkan orang ramai panik tanpa sebab (munasabah),” katanya.

sumber: Borneo Post Online


0 Responses so far:

Leave a Reply

Popular Posts