MIRI 27 Julai - Lima mahasiswa cemerlang Universiti Teknologi Curtin Sarawak (Curtin Sarawak) menerima biasiswa dari kerajaan Australia Barat yang membolehkan mereka melanjutkan pengajian tahun akhir di Curtin University, Bentley Campus di Australia.
Penerima terdiri daripada mahasiswa yang sedang mengambil jurusan ijazah dalam bidang perniagaan, geologi dan kejuruteraan iaitu Wong Ming Yi, Liaw Sui Boon, Raymond Chiong Choo Wee, Liew Kim Fung dan Tang Ing Cheng.
Pada minggu lepas, kelima-lima penerima itu melawat Rumah Parlimen di Perth dan bertemu dengan ahli Riverton dan konsul Malaysia, Dr. Mike Nahan.
Pro Naib Canselor Curtin Sarawak, Profesor Ian Kerr berkata, penerima biasiswa ini telah melakukan yang terbaik untuk mewakili Curtin Sarawak di Australia Barat.
''Melalui biasiswa ini, anak-anak tempatan yang cemerlang dalam pelajaran diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat antarabangsa.
''Mahasiswa tersebut dapat menimba pengetahuan baru yang amat bernilai sekali gus meluaskan horizon mereka untuk mempelajari budaya di tempat lain dan kita bangga dengan pencapaian pelajar-pelajar Malaysia untuk sampai ke tahap itu," katanya di sini baru-baru ini.
Kerr berkata, peluang ini secara tidak langsung memantapkan kerjasama antara kedua-dua kampus di Sarawak dengan kampus induk di Australia.
Pada masa sama, katanya, kakitangan dan mahasiswa di Bentley turut mendapat manfaat hasil pertukaran budaya dan sosial ekoran mahasiswa Malaysia melanjutkan pengajian mereka ke situ.
Justeru beliau menyifatkan skim biasiswa yang ditawarkan oleh Curtin Sarawak itu akan mengukuhkan kerjasama Australia Barat dengan Malaysia khususnya dalam sektor pendidikan dan penyelidikan.
''Sejak dilaksanakan beberapa tahun lalu, ramai mahasiswa Curtin Sarawak mendapat manfaat daripada skim ini malah mereka memberi maklum balas yang amat positif mengenai pengalaman semasa di Australia.
''Dengan skim ini, kerajaan Australia Barat telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menyediakan peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia," katanya.
Biasiswa kerajaan Australia Barat ditubuhkan pada 2003 untuk menaja kos penerbangan dan tempat tinggal sepanjang satu tahun pengajian manakala yuran pengajian ditaja oleh Curtin.
Seorang penerima, Wong Ming Yi, 21, yang baru seminggu memulakan pengajian di Curtin Bentley berkata, corak pembelajaran di situ mencabar namun ia pengalaman yang amat bermakna.
Menurutnya, cara pembelajaran di Australia amat berbeza berbanding Sarawak malah mencabar keupayaan sebenar namun ia mendorong dia untuk meningkatkan prestasi.
Jelasnya yang mengambil jurusan geologi, Curtin Bentley menyediakan peluang yang amat luas kerana komunitinya terdiri daripada pelbagai budaya dan latarbelakang.
''Saya banyak menimba pengalaman baru, bukan sahaja dari mahasiswa Australia bahkan mahasiswa lain yang datang dari merata tempat di seluruh dunia.
''Saya begitu teruja melanjutkan pengajian di Australia dan berharap dapat bekerja dalam industri minyak dan gas sebaik sahaja menamatkan pengajian tahun depan," katanya.
Mengenai lawatan ke Rumah Parlimen, Ming Yi berkata ia banyak memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai Australia secara keseluruhannya.
sumber: Utusan Online
Updates!!
Thursday, July 29, 2010
Pelajar Curtin Sarawak dapat biasiswa | Komuniti Telo Blog
Posted by Mr K on Thursday, July 29, 2010
0
ulasan
Popular Posts
Top Keyword
45 buah sekolah rendah
4Seklah menengah
ADUN
ADUN Balingian
AHLI PARLIMEN
Aneh
Anjing
Bajet 2012 Malaysia
Bako National Park
Bakun
Bangunan Pejabat Persekutuan
Bayi
BERITA LUAR NEGARA
BERITA SEMASA
berita semasa kakitangan kerajaan
BLOG
BUNUH BAPA
Cabul
Cerita dongeng
Curtin Sarawak
Daerah Song Kapit Sarawak
Ekonomi
Ekonomi Miri Sarawak
FACEBOOK
Fenomena
Festival
Gula
Guru Agama
Hari Malaysia
Hukuman Gantung
Info
Informasi
Internet
Isu
Isu Tanah
Jabatan Pelajaran Negeri(JPN)
Jalan Tikus
kakitangan awam kerajaan
Kampung
Kampung Tabuan Lot
Kaum Iban
Kaum Kayan
Kawasan Parlimen Igan
Kayu balak Sarawak
Kayu-kayu hanyut di batang rajang
Kebakaran
KELAB FACEBOOK P.207 IGAN
Ketua Menteri Sarawak
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)
Khazanah Sarawak
Kuching
Las Vega
Lawak
Long Banga
Long Belok
Lubok antu
Makkah
Malaysia
Mati
Melanau
Menteri Muda Alam Sekitar
Miri
Mukah
NCR
Parti Angkatan Rakyat Bersatu Sarawak(PARBS)
Parti Ekonomi Rakyat Sara-wak Bersatu(PERSB)
Parti Peace
Pelik
Pendidikan
Pengetahuan Am
perbincangan
Perlancongan di Miri
Pihak BN
Pilihan Raya ke-10
PKR
Politik
Politik Malaysia
Politik Sarawak
RM7 Bilion
Rumah panjang
Sarawak
Sarawak Regatta
SCORE
Sejarah
Sekolah di Sarawak
Seludup
Sibu
Simunjan
Sitemap
Song Sarawak
SPR
Sri aman
Sudut Gambar
Sungai Rajang
Tan SriMuhyiddin Yassin
Tanggungjawab kepada Sarawak
Teksi air di Sarawak
Unik teksi
Universiti Nevada
Wahab Hj Dollah