Updates!!

Tuesday, August 17, 2010

Selesai pertelagahan bagi mudahkan kerajaan sukat sempadan tanah NCR

Posted by Mr K on Tuesday, August 17, 2010 0 ulasan

SRI AMAN: Menteri Muda Kemajuan Tanah Datuk Francis Harden Hollis  berpesan kepada pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) agar menyelesaikan terlebih dahulu pertelagahan berkaitan hak milik tanah masing-masing bagi membolehkan kerajaan melaksanakan kerja menyukat persempadanan tanah mereka.
Menurutnya, kerja menyukat dan persempadanan tanah tidak dapat dilaksana sekiranya pemilik tanah NCR masih berbalah mengenai kawasan tanah masing-masing.
Pihak Kementerian Kemajuan Tanah Sarawak kini dalam proses persediaan untuk memulakan kerja survei perimeter terhadap semua tanah NCR milik rakyat negeri ini, jelas beliau.

“Ia sukar dilaksanakan selagi pemilik tanah NCR terutama mereka yang menyertai projek penanaman kelapa sawit masih bertelagah dalam hal sempadan tanah masing-masing,” katanya.
Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian semasa merasmikan Majlis Serah Bantuan Peningkatan Produktiviti Getah (BPPG) anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Rumah Empol Belitang, Sungai Tenggak, Undop, Batu Lintang, Sri Aman malam kelmarin.
Dalam majlis itu Harden menyaksikan simbolik penyerahan BGGP bernilai RM35,000 kepada 39 orang penerima dari Rumah Empol (Sungai Tenggak), Rumah Gani (Sungai Tenggak), Rumah Jawi (Sungai Tenggak) dan Rumah Silai, Radau.
Sementara itu kerajaan juga sering turun padang dengan mengadakan dialog bersama pemilik tanah NCR di  negeri ini bagi menerangkan dasar pembangunan tanah kerajaan di samping menyelesaikan perbalahan antara mereka.
Sehubungan itu Harden meminta bantuan ketua-ketua masyarakat terutama Tuai Rumah dan Penghulu untuk membantu  menyelesaikan perbalahan berhubung isu tanah di kalangan anak buah masing-masing demi membolehkan kerja penyukatan tanah dilaksanakan kelak.
Turut hadir dalam majlis itu Pegawai RISDA Bahagian Samarahan Shaharuddin Saberi, Timbalannya Azman Hassan serta Pemaju Masyarakat RISDA dari kawasan Sri Aman Isaac Stalin Simon dan Warren Sambau.


0 Responses so far:

Leave a Reply

Popular Posts