Updates!!

Saturday, August 28, 2010

Tikam Isteri hingga Mati, Suami Dihukum Gantung

Posted by Mr K on Saturday, August 28, 2010 0 ulasan

SIBU: Seorang suami yang bertindak kejam menikam sehingga mati isterinya dengan sebilah pisau ketika mangsa sedang tidur, dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Hakim Yew Jen Kie menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati tertuduh Bangkong Puan, 37, bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bangkong yang berasal dari Kapit dan dibela oleh peguam yang dilantik, Lau Hui Kui, kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menikam sehingga mati isterinya, Dara Suhaili, dengan sebilah pisau di bahagian belakangnya, di rumah mereka di Kampung Bahagia Jaya, Teku pada 9 Ogos 2007, kira-kira jam 11.05 malam.

Berdasarkan fakta kes, empat hari sebelum itu, terjadi perselisihan faham di antara tertuduh dengan mangsa apabila tertuduh merasa cemburu selepas isterinya lewat balik dari satu majlis kenduri di kampung yang sama.
Berikutan perselisihan faham itu, Bangkong bertindak pulang ke kampung halamannya di Kapit sebelum pulang semula ke rumah pada hari kejadian.
Kira-kira jam 10 malam, kedua-dua mereka mula bergaduh semula dan pergaduhan dileraikan oleh ahli keluarga mangsa yang lain, sebelum mereka sekeluarga masuk tidur.
Bagaimanapun, tidak lama kemudian, mangsa tiba-tiba menjerit selepas ditikam di beberapa bahagian badan oleh tertuduh ketika dia sedang tidur.
Selepas menikam mangsa, tertuduh turut bertindak menikam dirinya sendiri dengan sebilah pisau lain beberapa kali sebelum bertindak melarikan diri.
Tertuduh bagaimanapun berjaya ditahan oleh orang ramai dan diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

sumber: Borneo Post


Popular Posts