Updates!!

Tuesday, August 03, 2010

Lelaki Mati Terjatuh dari tingkat 17 Bangunan Pejabat Persekutuan

Posted by Mr K on Tuesday, August 03, 2010 0 ulasan

KUCHING: Seorang lelaki mati setelah dipercayai terjatuh dari tingkat 17 Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga petang semalam.
Mangsa, Ng Hong Chai, 57, dari Bormill Estate ditemui mati dalam keadaan terlentang dengan bahagian kepalanya pecah setelah terjatuh dari tingkat 17 dan terhempas di bahagian bumbung tingkat bawah bangunan tersebut.
Menurut seorang saksi yang enggan namanya disiarkan, dia sedang berehat di tingkat bawah, sementara rakannya sedang mengeluarkan wang di mesin ATM bangunan itu ketika kejadian berlaku sekitar jam 4 petang.

Tambahnya, mereka dikejutkan dengan satu bunyi yang kuat di bumbung tingkat bawah bangunan itu dan menyangka bunyi itu adalah lampu di atas bumbung itu meletup.
Namun mereka terkejut apabila terlihat ada benda putih dipercayai otak mangsa terpercik di sekitar jalan di tingkat bawah bangunan itu dan terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.
Pasukan polis yang dibantu oleh Unit Forensik segera ke tempat kejadian selepas dimaklumkan.
Polis, dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia berjaya mengeluarkan mayat dari bumbung bangunan itu kira-kira jam 5 petang.
Ketua Polis Daerah Kuching DSP Mun Kock Keong mengklasifikasikan insiden itu sebagai mati mengejut sementara siasatan sedang dilakukan bagi menentukan punca kejadian.
Bangunan itu menempatkan pejabat-pejabat kerajaan persekutuan manakala tingkat 17 pula menempatkan pejabat setiausaha persekutuan.

sumber: Borneo Post Online


0 Responses so far:

Leave a Reply

Popular Posts