Updates!!

Thursday, September 16, 2010

HARI MALAYSIA | Ketahui Sejarah Hari Malaysia

Posted by Mr K on Thursday, September 16, 2010 0 ulasan

Generasi muda harus hargai perjuangan ke arah pembentukan negara: Mawan

photo: credit to borneo post online
KUCHING: Generasi muda harus mengetahui makna sebenar sejarah Hari Malaysia selain menghargai pengorbanan dan perjuangan pemimpin terdahulu.
Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Dato Sri William Mawan  berkata tanpa kebijaksanaan para pemimpin terdahulu untuk bersama-sama menubuhkan Malaysia, mungkin generasi sekarang tidak berpeluang untuk menikmati tahap pembangunan dan kese-lesaan yang dikecapi masa kini.
“Oleh itu saya amat me-ngalu-alukan penyertaan semua rakyat Sarawak khasnya generasi muda untuk bersama-sama meraikan sambutan Hari Malaysia ini.

“Ia penting supaya mereka sedar tentang pengorbanan dan perjuangan pemimpin kita yang terdahulu yang telah memberikan kita sebuah negara yang tercinta yang kita kenali sebagai Malaysia,” katanya melalui kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.
Beliau berkata: “Inilah kali pertama kita menyambut perayaan ini di peringkat negeri dan saya berharap ianya akan dapat memperjelaskan kepada rakyat Sarawak apakah maknanya Hari Malaysia sehingga ianya diisytiharkan sebagai cuti umum oleh kerajaan persekutuan.”
Mawan yang juga menteri bertanggungjawab ke atas perayaan tersebut berkata, beliau berharap generasi sekarang dan seterusnya akan terus memperingati dan bersyukur terhadap perjuangan mereka terdahulu.
“Selain terus menyokong segala usaha-usaha kerajaan untuk terus membawa kemajuan dan pembangunan kepada negeri Sarawak dan Malaysia,” tegas beliau.
Mawan dalam pada itu turut melahirkan rasa bersyu-kur kerana negeri Sarawak dapat meraikan sambutan perayaan Hari Malaysia 2010 pada hari ini dalam suasana aman dan damai.

sumber: Borneo Post


0 Responses so far:

Leave a Reply

Popular Posts