Updates!!

Tuesday, September 28, 2010

Pendaftaran parti-parti politik diteliti, tiada unsur sekatan

Posted by Mr K on Tuesday, September 28, 2010 0 ulasan

BINTULU: Pendaftaran beberapa parti politik dari Sara-wak yang belum diketahui  statusnya tidak ada kaitan de-ngan hasrat mereka menyertai pilihan raya negeri akan datang.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Datuk Md Alias Kalil berkata, pihaknya dalam proses meneliti permohonan dan menafikan wujud unsur sekatan.
Parti-parti tersebut ialah Parti Ekonomi Rakyat Sara-wak Bersatu (PERSB), Parti Angkatan Rakyat Bersatu Sarawak (PARBS) dan Parti Peace.
“Kami dalam proses penelitian, saya tidak mahu komen lanjut,” katanya dalam sidang media pada majlis penutupan Kursus Pengurusan Pertubuhan di sini, semalam.
Penutupan dilakukan oleh Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip.
Alias berkata, sebanyak 22 permohonan untuk menu-buhkan parti politik dari seluruh negara sedang dalam proses penelitian ROS.
Katanya, pada masa sekarang sebanyak 33 pertubuhan politik berdaftar di seluruh negara.
PERSB yang berhasrat ingin bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang mula membentuk jawatankuasa penaja pada awal tahun ini.
Jawatankuasa penaja PERSB yang dipengerusikan oleh Salleh Mahali menge-mukakan permohonan ke-pada ROS pada 20 April.
Jika permohonan mereka tidak diluluskan, PERSB akan bertanding menggunakan tiket Bebas.
Manakala, PARBS yang diketuai Affendi Jeman juga masih menunggu kelulusan sejak mengemukakan per-mohonan pada Mei 2009.
Pada bulan Jun lepas, sekumpulan Bidayuh berhasrat menubuhkan Parti Peace dan diketuai Julian Petrus Jout.
Sementara itu, ROS menjangkakan terdapat penurunan dalam bilangan pertubuhan yang dibatalkan pendaftaran pada tahun ini.
Alias berkata, pada 2009 ROS membatalkan 1,188 pertubuhan di seluruh negara berbanding 486 setakat Julai tahun ini.
Pertubuhan-pertubuhan terbabit didapati melanggar perlembagaan masing-ma-sing.
ROS tidak membatalkan pertubuhan di Sarawak tetapi telah menerima 27 aduan.
Kursus Pengurusan Pertubuhan itu disertai 146 pertubuhan yang bertujuan me-nyampaikan pengetahuan ta-tacara pengurusan terbaik.
Alias berkata, tanggungjawab ROS bukan sekadar men-daftarkan pertubuhan tetapi merangkumi ia bergerak selaras dengan perlembagaan masing-masing.
“Jika pertubuhan aktif dan berjaya melaksanakan matlamat penubuhan, ia sedikit sebanyak menyumbang terhadap kemajuan negara dan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

sumber: borneo post


0 Responses so far:

Leave a Reply