Updates!!

Sunday, September 26, 2010

Kayan Perlu Komited

Posted by Mr K on Sunday, September 26, 2010 1 ulasan

Manfaatkan persatuan untuk membangunkan pendidikan, ekonomi
MIRI: Kaum Kayan di negeri ini digesa mencontohi kesungguhan masyarakat Cina yang tidak gemar bercakap tentang orang lain sebaliknya komited dalam usaha meningkatkan taraf hidup mereka sendiri.
Timbalan Residen Miri, Emang Uyo Emang berkata, berbanding etnik lain di Sarawak, masyarakat Kayan masih ketinggalan dalam beberapa aspek khususnya dari segi pendidikan dan ekonomi.
Berucap pada majlis Perhimpunan Agung Tritahunan Persatuan Kayan Sarawak (PKS) di sini barubaru ini, Emang menyeru semua lapisan masyarakat Kayan agar bersatu hati dan memanfaatkan peluang yang disediakan untuk memastikan mereka tidak ketinggalan.
“Sebagai contoh, kaum Cina menggunakan sepenuhnya persatuan untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam ekonomi dan akademik.

Justeru, kita mahu  PKS memainkan peranan yang sama dengan membantu ahli-ahli,” katanya yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Lihan Jok.
“Pada masa yang sama, PKS harus mengekalkan hubungan yang baik dengan kerajaan dan pemimpin untuk kebaikan persatuan dan ahli-ahli.”
Lebih 120 delegasi termasuk pemerhati dari tujuh cawangan PKS seluruh negeri menghadiri perhimpunan berkenaan yang diadakan di Hotel Dynasty di sini.
Perhimpunan itu turut menyaksikan pelantikan semula Lah Jau Uyo sebagai Presiden, Kaunselor Dennis Ngau sebagai Timbalan Presiden (tanpa bertanding), James Wan Mering (Setiausaha Agung), Jok Eng Jok (Penolong Setiausaha Agung) Lesli Lah Anyie (Bendahari Agung), Laing Uvang (Penolong Bendahari Agung).
Manakala ahli jawatankuasa ialah John Ngau Jok, Micheal Ngau Anyie, Arbi Bang, Grace Lahin, Usat Ajeng, Roselind Lah, Wan Anyie dan Lihan Anyie.
Sementara itu, sebanyak 25 resolusi dikemukakan oleh tujuh cawangan semasa persidangan antaranya ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meluluskan peruntukan RM20 juta untuk menyukat Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan RM100 juta untuk menaik taraf Jalan Beluru Lapok sepanjang 42 kilometer.
Selain itu, PKS turut mencadangkan agar masa siaran perkhidmatan Radio Kayan diubah ke jam 5 petang hingga 8 malam berbanding sekarang mulai jam 3 petang hingga 6 petang.
Pertukaran masa siaran ini bagi membolehkan penduduk kampung yang bekerja di kebun mengikuti siaran tersebut.
Perhimpunan itu juga mencapai kesepakatan untuk memilih PKS Cawangan Bintulu sebagai hos kepada penganjuran Karnival Kayan Kedua pada 2011.


sumber: borneo post


1 Response so far:

Anonymous said...

Ye, Betul tu

Leave a Reply

Popular Posts