KUCHING: Tindakan anjing yang menyalak menyelamatkan beberapa orang yang tinggal di sebuah rumah daripada mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian kebakaran sebuah bilik awal pagi semalam.
Kejadian berlaku sekitar jam 2 pagi di Batu 2, Jalan Matang.
Salah seorang mangsa, Ani, 16, terbangun selepas mendengar anjing menyalak dengan nyaring di luar rumah, mendapati biliknya terbakar.
Dia segera membangunkan pekerja yang berusia 50-an, yang tidur di bilik bersebelahan dengannya serta mengejutkan kesemua pekerja yang tinggal di rumah yang sama untuk menyelamatkan diri.
Ani serta beberapa pekerja lain bertindak memadamkan api menggunakan hos air.
Sebuah jentera bomba dari Petra Jaya tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan dan berjaya memadamkan kebakaran daripada merebak beberapa minit kemudian.
Menurut sumber, api bermula dari bilik Ani, dipercayai mengalami litar pintas.
Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.
Dalam kejadian berasingan, dua keluarga kehilangan tempat berteduh, selepas tempat tinggal pekerja di Jalan Semangat dekat Bintawa hangus dijilat api petang semalam.
Kejadian itu disedari sekitar jam 2 petang.
Menurut mangsa yang dikenali sebagai Ah Boon, dia tinggal bersama isterinya dan dua lagi anaknya manakala Abdul Majid Ismail yang berusia 50-an, telah tinggal di situ bersama seorang anak perempuannya yang berusia 20-an.
Abdul Majid bersama anak perempuannya sudah lebih 10 tahun tinggal di situ .
Menurut Abdul Majid sebelum kejadian, dia makan tengah hari di bilik itu tetapi tidak memasak memandangkan nasi serta lauk sudah siap dimasak pada sebelah pagi.
Selepas makan tengah hari, dia bersama Ah Boon meneruskan kerja memindahkan besi ke jeti berdekatan untuk dibawa ke Tanjung Manis.
Ketika mereka berdua sedang memindahkan besi untuk dibawa oleh kapal ke Tanjung Manis, anak Ah Boon yang berusia 16 tahun yang ketika itu balik dari sekolah terlihat api yang datang dari arah bilik Abdul Majid.
Dia segera menuju ke jeti untuk memberitahu bapanya serta Abdul Majid.
Api sudah marak semasa mereka tiba dan mereka tidak dapat menyelamatkan apa-apa.
sumber: borneo post
Updates!!
Sunday, September 26, 2010
Anjing selamat mangsa kebakaran
Posted by Mr K on Sunday, September 26, 2010
0
ulasan
Popular Posts
Top Keyword
45 buah sekolah rendah
4Seklah menengah
ADUN
ADUN Balingian
AHLI PARLIMEN
Aneh
Anjing
Bajet 2012 Malaysia
Bako National Park
Bakun
Bangunan Pejabat Persekutuan
Bayi
BERITA LUAR NEGARA
BERITA SEMASA
berita semasa kakitangan kerajaan
BLOG
BUNUH BAPA
Cabul
Cerita dongeng
Curtin Sarawak
Daerah Song Kapit Sarawak
Ekonomi
Ekonomi Miri Sarawak
FACEBOOK
Fenomena
Festival
Gula
Guru Agama
Hari Malaysia
Hukuman Gantung
Info
Informasi
Internet
Isu
Isu Tanah
Jabatan Pelajaran Negeri(JPN)
Jalan Tikus
kakitangan awam kerajaan
Kampung
Kampung Tabuan Lot
Kaum Iban
Kaum Kayan
Kawasan Parlimen Igan
Kayu balak Sarawak
Kayu-kayu hanyut di batang rajang
Kebakaran
KELAB FACEBOOK P.207 IGAN
Ketua Menteri Sarawak
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)
Khazanah Sarawak
Kuching
Las Vega
Lawak
Long Banga
Long Belok
Lubok antu
Makkah
Malaysia
Mati
Melanau
Menteri Muda Alam Sekitar
Miri
Mukah
NCR
Parti Angkatan Rakyat Bersatu Sarawak(PARBS)
Parti Ekonomi Rakyat Sara-wak Bersatu(PERSB)
Parti Peace
Pelik
Pendidikan
Pengetahuan Am
perbincangan
Perlancongan di Miri
Pihak BN
Pilihan Raya ke-10
PKR
Politik
Politik Malaysia
Politik Sarawak
RM7 Bilion
Rumah panjang
Sarawak
Sarawak Regatta
SCORE
Sejarah
Sekolah di Sarawak
Seludup
Sibu
Simunjan
Sitemap
Song Sarawak
SPR
Sri aman
Sudut Gambar
Sungai Rajang
Tan SriMuhyiddin Yassin
Tanggungjawab kepada Sarawak
Teksi air di Sarawak
Unik teksi
Universiti Nevada
Wahab Hj Dollah
Leave a Reply