Updates!!

Tuesday, September 28, 2010

Bakun: Tidak lebih RM7 bilion

Posted by Mr K on Tuesday, September 28, 2010 0 ulasan

Kerajaan negeri bida untuk ambil alih projek empangan itu pada harga RM6 bilion 

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memberitahu kos pengambilalihan Empangan Hidroelektrik Bakun tidak akan melebihi RM7 bilion.
Menurut beliau, kerajaan negeri telah menawarkan RM6 bilion ke atas dan mencari jalan untuk satu cara pembayaran yang lebih rendah.
Katanya, kerajaan persekutuan tidak mengemukakan sebarang nilai sehingga semalam.
“Kami telah membuat bidaan tetapi ia adalah fleksibel dari segi di mana kami akan mencuba untuk melihat jika cara pembayaran itu lebih rendah, maka kami akan bersetuju.
“Tetapi ada had dalam bidaan kami kerana keinginan untuk dapat menarik industri berat.
“Ada juga had dalam harga, dengan harga yang diketengahkan, berapa banyak yang kami dapat usahakan tanpa kerugian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui  sempena majlis Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1 Divisyen dan majlis meraikan anggota cedera 1 Divisyen, di Kem Penrissen di sini semalam.
Taib yang juga Menteri Kewangan berkata bidaan mungkin mencecah sehingga RM7 bilion di bawah syarat tertentu.
“Kami tidak pasti kerana ia bergantung kepada cara pembayaran dan kosnya,” katanya.
Sama ada rundingan mengenai persetujuan pembelian tenaga di antara Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Sarawak Hidro Sdn Bhd masih berjalan, Taib berkata ia masih dalam rundingan.
“Saya mempunyai gambaran saya sendiri mengenai harga yang boleh kami tawarkan, itu adalah parameternya, yang mana kami akan dapat membuat keputusan… rundingan masih berjalan,” katanya.
Sabtu lepas, Menteri Kewangan Kedua Dato Seri Ahmad Husni Hanadziah berkata kerajaan persekutuan tidak mempunyai hasrat untuk mengaut keuntungan daripada penjualan Empangan Hidroelektrik Bakun.
Katanya, kos keseluruhan pembinaan projek berkenaan adalah RM7.3 bilion.
Jumaat lepas, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin memberitahu bahawa projek Bakun yang dimiliki Kementerian Kewangan akan diambil alih oleh kerajaan negeri.Laporan menyatakan bahawa Sarawak berminat untuk mengambil alih projek empangan Bakun untuk industri intensif tenaga dalam Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) termasuk loji peleburan aluminium dan industri lain.
Menurut sumber, empangan Bakun dijangka siap menjelang Disember tahun ini selepas 16 tahun pembinaan.
Tenaga yang dihasilkan daripada empangan ini boleh mencecah 2,400 megawatt.


sumber :borneo post


0 Responses so far:

Leave a Reply

Popular Posts