Updates!!

Monday, February 22, 2010

Sejarah Ringkas Kampung

Posted by Mr K on Monday, February 22, 2010 3 ulasan

Canal Achmen Pengasas Kampung Tian

Menurut sejarah, pembukaan Kampung Tian diasas oleh seorang rakyat British yang dikenali sebagai Canal Achmen. Beliau merupakan orang pertama yang menerokai kawasan ini dan membina terusan sebagai jalan perhubung ketika itu. Canal membina terusan itu setelah melihat arus sungai mengalir ke dua kawasan yang berlainan iaitu ke Daro dan ke Matu.
Pada masa itu, pembinaan terusan ini dilakukan dengan menggunakan tenaga kerja penduduk kawasan itu. Arus yang mengalir ke arah yang berbeza ini telah mewujudkan sebuah perkampungan.

Maka dengan itu, wujudlah sebuah penempatan yang diberi nama Kampung Tian. Di percayai, Tian mendapat nama dari Sungai Tian yang mengalir dengan bersih, sejuk, nyaman dan segar. . Sungai yang wujud ini berfungsi sebagai penghubung kepada penduduk kampung untuk ke Daro dan ke Matu atau ke kampung-kampung yang berdekatan. Sehingga ke hari ini, sungai ini masih dimanfaatkan sebagai penghubung kepada penduduk tempatan walaupun kampung ini telah menerima kemudahan jalan raya.

petikan dr http://telecentre.my/CSKC/Template/TemplateContent.aspx?ContentID=2627


3 Responses so far:

al-basri said...

selamat malam,
memang seharusnya kita tahu tentang sejarah kampung atau masyarakat kita sendiri. semoga bertambah sumber disini, agar dapat menjadi rujukan sesama kita.
saya orang melanau juga, tapi bukan di Matu.

salam hangat buat semua, terima kasih

Man-Tian said...

1stly, thniah...akhir idu nuan gak wadah telo to Tian bak bertukar pendapat/ memasokkan info. adak kenah, mana2 aktiviti wak ngah kpg masok mak wang eh.. Beritah keluarga, aktiviti penganjuran, lawatan, etc lah..
ikah wang versi serita mitos, kampong Tian berasal kungan Tow wak mider Kayo libau. Tow idu beTian....serita lebih lanjut agik mgkin melo tao agik. hahaa

Kel said...

al-basri....
ateng ubak mo iduh. ikah nuan wakno-wakno sumber wak sesuai gaya bak kak teng blog, silakan kongsi bersama....

Man-tian...
ko pun berterima kasih teng buyak mo support ko secara tidak lansung. Ko akan menak alah cadangan mo iduh, tapi ko perlu sumber. ko harap site ih rami.........

Terima kasih.

Leave a Reply

Popular Posts