Updates!!

Saturday, July 24, 2010

Guru agama cabul tujuh murid sebagai hukuman salah bacaan

Posted by Mr K on Saturday, July 24, 2010 0 ulasan

KUCHING: Seorang guru agama sekolah rendah di Simunjan ditahan pagi semalam ekoran dakwaan mencabul tujuh murid sebagai hukuman kerana mereka gagal membaca ayat-ayat agama dengan betul.
Suspek dalam lingkungan usia 20-an itu ditahan ekoran laporan polis yang dibuat oleh bapa salah seorang murid sekitar jam 3 petang Rabu lepas.

Menurut sumber, insiden membabitkan rakan-rakan sekelas murid berusia sembilan tahun itu merangkumi enam murid lelaki dan seorang murid perempuan – terbongkar apabila salah seorang budak lelaki mengadu kepada bapanya mengenai kesakitan dalam duburnya.Bila ditanya lebih lanjut, budak itu memberitahu guru agamanya telah memasukkan jari ke dalam duburnya di hadapan kelas pada minggu lepas untuk ‘menghukumnya’ kerana tidak dapat menghafal ayat-ayat agama.
Lima murid lain turut ‘dihukum’ sedemikian rupa oleh guru terbabit, sementara pakaian murid perempuan berkenaan dilaporkan ditanggalkan dan dia diraba di hadapan kelas bila dia juga tidak dapat membaca ayat agama dengan baik.
Bapa salah seorang mangsa turut dilaporkan membawa perkara itu kepada guru besar sekolah tetapi dakwaannya ditepis.
Sementara itu mangsa-mangsa dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan perubatan.
Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Choo Yin Kok mengesahkan menerima laporan polis tetapi enggan mengulas mengenai kes itu.

sumber: borneopost online


0 Responses so far:

Leave a Reply

Popular Posts