Updates!!

Monday, July 26, 2010

Internet | Pertingkatkan Kualiti Liputan untuk Kemudahan Penduduk di Luar Bandar

Posted by Mr K on Monday, July 26, 2010 0 ulasan

MUKAH: Usaha memperlu­askan lagi liputan Internet di luar bandar menuntut pihak penye­dia perkhidmatan agar sentiasa meningkatkan kualiti sementara pengguna perlu lebih realistik dalam membuat jangkaan.
 Justeru, Internet menjadi medium komunikasi paling popular pada era siber sekarang kerana ia efisien kos, pantas dan mudah diaplikasi waima acap kali dibayangi kelembapan dalam pengaksesan.
Residen Mukah Saudi Narani menyatakan demikian dalam ucapan pelancaran Jerayawara Pakej Office In a Box (OIB) TM Bahagian Mukah di King­wood Hotel, di sini pada petang Khamis.

“TM sebagai peneraju industri komunikasi negara melangkah setapak lagi dengan pengenalan OIB untuk kemudahan usahawan berpejabat kecil mahupun yang melakukan kerja dari rumah (SOHO).
“Sebagai pengguna kita me­mang berharap untuk menda­patkan perkhidmatan terbaik. Bagaimanapun, kita perlu lebih realistik dalam membuat jang­kaan kerana perkhidmatan Inter­net juga tidak terkecuali daripada berhadapan masalah teknikal,” ujarnya.
Beliau berkata, situasi sama turut merundung sistem per­hubungan darat serta udara di bahagian ini, namun pengguna perlu memahami bahawa setiap pembangunan fizikal perlukan pengorbanan.
“Jalan utama yang meng­hubungkan bahagian ini den­gan ‘dunia luar’ berkeadaan mendukacitakan sekarang.
“Kita perlu menerima hak­ikat ia terpaksa dilakukan untuk membina jalan baru yang lebih baik demi keselesaan berpanjangan.
“Begitu juga dengan sistem perhubungan udara. Hanya pesawat Twin Otter yang dapat mendarat di lapangan terbang di sini dan Tanjung Manis. Sekurang-kurangnya bahagian ini memiliki dua lapangan ter­bang,” jelas Saudi dalam nada bergurau.
Saudi memberitahu, dua atau tiga penerbangan Twin Otter yang cuma mampu memuatkan 14 hingga 15 penumpang ber­makna secara purata hanya 45 pelawat memasuki bahagian ini melalui udara saban hari.
Terdahulu, Penolong Pen­gurus Besar TM Sarawak Roslawati Mohd Tahir dalam ucapan aluannya mengklasifi­kasikan OIB sebagai keperluan lengkap komunikasi untuk me­realisasikan idea pengguna.
“OIB direka khusus untuk memenuhi keperluan pernia­gaan SOHO yang kian berkem­bang di negara ini.
“Kecil atau besar, OIB menawarkan nilai bagi pernia­gaan pengguna dengan kadar menarik serta akses jalur lebar tanpa had.
“Menerusi jerayawara sebe­gini, TM mengambil kesem­patan untuk merapatkan lagi hubungan dua hala dengan masyarakat selaku penyokong utama perkhidmatan-perkhid­matan kami selama ini,” tam­bahnya.

sumber: Borneo Post Online


0 Responses so far:

Leave a Reply