Updates!!

Monday, August 30, 2010

Anak tergamak kelar leher ayah kerana ditegur mabuk

Posted by Mr K on Monday, August 30, 2010 0 ulasan

MIRI: Marah kerana ditegur selalu mabuk, seorang anak bertindak menghiris leher ayahnya menggunakan pisau dalam pergaduhan antara anak-beranak itu di kediaman mereka di Kampung Sealine malam kelmarin.
Mangsa, 40-an, masih dirawat di hospital Miri kerana mengalami kecederaan di bahagian tepi lehernya, bagaimanapun dalam keadaan stabil.
Menurut laporan polis, kejadian berlaku pada jam 10 malam setelah mangsa cuba memberi nasihat dan menegur anak lelakinya yang berusia 24 tahun itu, kerana yang kerap balik lewat malam dan dalam keadaan mabuk.

“Pertengkaran antara anak-beranak itu terjadi apabila si anak yang tidak mahu ditegur oleh ayah kerana selalu mabuk balik ke rumah.
“Pergaduhan itu telah menyebabkan si anak bertindak mengambil pisau di dapur dan kemudian menghiris leher ayahnya,” jelas polis.
Ahli keluarga dan jiran yang cuba mengawal keadaan, kemudian terpaksa menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan apabila melihat tindakan berani suspek.
Polis bergegas ke tempat kejadian dan menahan suspek yang kini ditahan reman di lokap Balai Polis Miri selama empat hari untuk siasatan lanjut. Suspek ditahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Dalam kes berasingan, seorang lelaki mengalami kecederaan di kepala setelah dipukul oleh sekumpulan lelaki di Kampung Pasir Lutong pada jam 11 malam kelmarin.
Menurut polis, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu mangsa secara tiba-tiba ditahan oleh sekumpulan lelaki di tengah jalan.
Mangsa yang juga seorang majikan, sedang menghantar beberapa pekerjanya balik ke rumah ketika kejadian berlaku.
Kenderaan mangsa ditahan oleh 10 orang lelaki. Mangsa diarah keluar dari kenderaan dan secara tiba-tiba diserang dan dipukul oleh lelaki berkenaan.
Beliau kemudian dibantu oleh pekerjanya dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis.
Polis mengesahkan kejadian itu dan bertindak atas maklumat yang diterima, pihak polis telah menahan seorang suspek berhubung kes ini, pada malam yang sama.

sumber: borneopost


0 Responses so far:

Leave a Reply

Popular Posts